Kelas Asas ICT Ulangkaji secara Atas Talian

23 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Oktober 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas ICT kepada beberapa orang peserta. Untuk mengikuti dan menepati norma baharu yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mencegah penularan virus COVID-19, kelas ini dijalan secara atas talian tanpa melibatkan staf dan peserta untuk berhubung secara langsung. Kelas ini diadakan bagi memberi peluang kepada peserta untuk membuat ulangkaji serta mengikut perkembangan tahap pengetahuan peserta terhadap e-pembelajaran yang telah diikuti sepanjng kelas diadakan di pusat internet. Peserta diberikan kuiz dengan menggunakan dan memperkenalkan aplikasi atas talian iaitu Quizziz.com untuk menjawab soalan berkaitan dengan asas ICT yang telah dipelajari.

Antara topik yang diketengahkan ialah kegunaan dan fungsi komputer serta kepentingannya, mempelajari jenis-jenis perisian yang boleh digunakan untuk melakukan tugasan serta mempraktikkan semula segala yang telah dipelajari untuk mengetahui tahap penguasaan peserta terhadap kelas ICT yang diadakan. Akhir sekali, peserta didedahkan dengan tahap penguasan ICT yang mudah untuk memperbaiki kesilapan dan kesalahan yang dilakukan semasa kelas berlangsung. Kelas bersiaran secara langsung menggunakan aplikasi Meet, Google selama dua (2) jam iaitu dari jam 2:00 petang hingga 4:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali